Friday, 11 May 2012

Persedian Menjadi Suami Yang Disayangi


1.    Fizikal
Sebulum bergelar suami, pastikan tubuh badan berada dalam keadaan sihat. Seelok-eloknya buatlah pemeriksaan menyeluruh bagi mengenal pasti jika ada sebarang masalah. Ini penting kerana selepas kahwin, anda bukan sahaja perlu menjaga diri sendiri bahkan isteri dan anak-anakyang bakal lahir. Bagaimana ingin menjaga dan menyara keluarga jika anda sendiri tidak dalam keadaan sihat.
2.    Mental
Kekuatan mental paling penting dalam membina institusikekeluargaan. Ia perlu berada di tahap terbaik bagi menlancarkan kebahagian berumah tangga yang bakal dibina. Selepas berkahwin, pasti akan datang pelbagai ujian dan dugaan dalam rumah tangga. Masalah ini mungkin datang daripada suami isteri itu sendiri ataupun orang luar. Jika mental tidak kuat, rumah tangga yang dibina boleh hancur dalam sekelip mata.
3.    Pengetahuan
Banyakkan membaca buku untuk membina pengetahuan bagi menjadi suami terbaik. Atau mungkin boleh bertanya terus kepada mereka yang berpengalaman. Sebagai seorang ketua rumah, suami seharusnya bijak  menangani apa jua situasi agar tiada pihak yang tersinggung.
4.    Ilmu agama
Perkahwinan bukanlah perkara suka-suka sebaliknya suami bakal memikul tanggungjawab yang lebih berat. Sebagai persediaan, seseorang lelaki harus mempelajari ilmu agama untuk dijadikan tiang kebahagiaan berumag tangga. Tanpa elemen yang satu ini, agak sukar bagi suami untuk mengawal hala tuju rumah tangga yang dibina bersama isteri tercinta. Dengan ilmu agama yang ada, masalah juga boleh diselesaikan dengan lebih mudah.
5.    Kewangan
Memang betul mengumpul wang adalah tanggungjawab bersama suami isteri. Namun sebagai suami, ada nafkah zahir kepada isteri yang dituntut dalam agama. Jika dulu, lelaki hanya menyediakan bajet untuk diri sendiri, tetapi kini tidak lagi. Selain perlu menyara isteri, suami juga perlu membuat persediaan bagi menyambut zuriatyang bakal dikurniakan.


6.    Transformasi sikap
Gelaran suami seharusnya menjadikan lelaki seorang lebih bagus daripada mereka daripada diri mereka yang sebelumnya. Setelah berumah tangga, lelaki harus terbuka melakukan perubahan sikap dari negative ke positif. Singkirkan sikap yang boleh menghancurkan diri sendiri dan keluarga tercinta terutamanya sikap egomelampau. Belajarlah untuk menjadi anak yang terbaik buat ibu, suami yang terbaik buat isteri, ayah yang terbaik buat anak-anak dan menantu  yang terbaik untuk ibubapa mertua.
Selain perlu membuat persedian sebagai seorang suami, mereka juga harus mengetahui cara untukmembuatkan isteri rasa istimewa. Justeru suami perlulah bijak menyelami perasaan isteri agar  kasih saying berpanjangan.

Ø  Isteri adalah manusia
Wanita dilahirkan penuh dengan perasaan yang beremosi. Mereka akan berasa gembira apabila hidup tenang dan aman. Tetapi, apabila mereka berasa tertekan, ketika itu emosi akan berkecamuk dan sering mencari jalan mudah untuk keluar daripada masalah yang dihadapi.
Ø  Dengar pendapat isteri
Dalam hubungan suami isteri, mereka perlu sering bertukar-tukar pendapat dan pandangan. Walaupun mungkin isteri tidak berpelajaran tinggi tetapi ambil hati dengan menerima pendapat mereka. Jika ada masalah rumah tangga yang mahu dibincangkan, mulakan dengan isu-isu semasa yang boleh dijadikan ‘ice-breaking’. Kemudian, barulah dimasukkan isu lain yang mahu disentuh.
Ø  Beri pujian kepada isteri
Jangan kedekut hendak member pujian terhadap isteri. Luahkan sahaja apabila dia kelihatan cantik dan bergaya. Puji-pujian ini dapat member semangat kepadanya untuk terus berkhidmat kepada anda. Isterilah orang yang paling awal untuk bangaun pagi bagi memastikan keperluan suami dan anak-anak terjaga. Mereka juga yang akan tidur paling lewat bagi memastikan keperluan esok hari.
Ø  Ingat tarikh penting
Sesiapa sahaja pasti gembira apabila dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah apatah lagi daripada orang tersayang. Tarikh-tarikh yang penting seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan merupakan hari yang paling penting dalam kehidupan wanita. Tidak perlu member hadiah-hadiah yang mahal cukup sebagai tanda ingatan. Tetapi, kalau yang mahallagi bagus.
Ø  Penuhi hajat isteri
Anda perlu bijak memilih perkara yang dihajati isteri. Bukan semua hajat mereka perlu anda penuhi. Misalnya, mereka berhajat mahu bercuti di luar negara tetapi anda tidak dapat memenuhinya. Cukuplah jika anda membawanya bercuti dalam Negara seperti pulau atau tempat peranginan sahaja. Walaupun hajatnya tidak dipenuhi, tetapi mereka masih gembira kerana masih berpeluang keluar melancong. Pemberian ini melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri yang menguruskan rumah tangga.

No comments:

Post a Comment