Bank Negara Malaysia
telah mengeluarkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab. Garis
panduan ini bertujuan untuk mengalakkan amalan yang bertanggungjawab kepada
pemberi pinjaman dan peminjam. Selain itu, ia juga menggalakkan sektor isi rumah
supaya berdaya tahan dan menwujudkan pasaran kredit yang berhemat. Garis
panduan ini turut memberi perlindungan yang lebih baik kepada pengguna
kewangan.
Skop
garis panduan
Garis panduan ini
terpakai keatas pembiayaan yang baru dan pembiayaan tambahan yang ditawarkan
kepada pelanggan individu dan pemilik tunggal seperti:
I.
Pembiayaan rumah
II.
Pembiayaan persendirian termasuk
kemudahan overdraf
III.
Pembiayaan kenderaan
IV.
Kredit da kad caj
V.
Pembiayaian untuk pembelian sekuriti,
kecuali pembiayaan saham yang ditadbir dibawah peraturan-peraturan Bursa
Malaysia
Tarikh
Kuat Kuasa Garis Panduan
Garis panduan ini kan
berkuat kuasa pada 1 januari 2012 yang lalu. Namun begitu keperluan yang
menghadkan tempoh matang pembiayaan kenderaan kepada 9 tahun terpakai kepada
semua permohonan pembiayaan kenderaan yang diterima mulai 18 november 2011.
Tanggungjawab
Peminjam
Sebelum memohon
pinjaman baru, peminjam perlu:
·
Mengira jumlah bayaran balik bulanan
yang mereka mampu berdasarkan pendapatan, perbelanjaan harian dan keperluan
asas dan pembayaran balik hutang yang sedia ada.
·
Mengambil kira kenaikan kadar faedah
atau sebarang perubahan pada masa hadapan yang mungkin menjejaskan pendapatan
dan perbelanjaan mereka.
·
Membuat perbandingan tentang kadar
pembiayaan, ansuran bulanan, jumlah pembayaran balik dan cirri-ciri produk.
·
Mendapatkan salinan lembaran
penzahiran produk atau Product Disclosure Sheet (PDS) yang mengandungi semua
maklumat yang berkaitan dengan produk pembiayaan.
Peminjam
bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang tepat dan menyediakan
dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan untuk membolehkan institusi kewangan
menilai kemampuan peminjam untuk membayar balik pinjaman. Peminjam perlu
membaca PDS dan perjanjian pinjaman dengan teliti serta memahami terma-terma
dan caj-caj berkaitan serta tanggungjawab peminjam sebelum menandatangani
sesuatu perjanjian.
Tanggungjawab
Institusi Kewangan
Dalam menilai
kemampuan peminjam institusi kewangan akan mengambil kira Nisbah Khidmat Hutang
(debt servicing ratio) untuk menilai sama ada peminjam mampu untuk membayar
balik keseluruhan pinjaman sepanjang tempoh pembiayaan. Di samping itu,
institusi kewangan akan mengambil kira faktor-faktor lain seperti sejarah pembayaran
balik dan skor kredit pelanggan.
Kakitangan atau wakil
pemasaran dikehandaki mengambil kira kepentingan dan keadaan peminjam dengan
teliti keperluan kedudukan kewangan peminjam bagi memastikan bahawa produk
pembiayaan yang ditawarkan adalah sesuai untuk memenuhi keperluan peminjam.
Kakitangan atau wakil pemasaran tidak boleh mengganggu, memberi tekanan atau
memaksa pengguna untuk menandatangani perjanjian produk pembiayaan.
Petikan dari pada Berita
Harian.
No comments:
Post a Comment