BERSIH ialah Gabungan Pilihan raya
Bersih dan Adil. BERSIH ditubuhkan dengan anggota komitinya dianggotai oleh
Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) dan
Writers Alliance for Media Independence (WAMI).
BERSIH dilancarkan secara rasmi pada 23 November 2006 di lobi bangunan Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh pemimpin parti
politik, dan pihak bukan kerajaan, termasuk Dr Wan
Azizah Wan Ismail, presiden PKR, Sivarasa Rasiah - timbalan presiden PKR, Setiausaha Am DAP - Lim Guan Eng, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP dan MP
bagi Seputeh Teresa Kok, timbalan presiden PAS Nasharudin
Mat Isa, ketua pemuda PAS - Salahudin
Ayub, Setiausaha Am PSM S. Arutchelvan, Kongres Persatuan Pekerja Malaysia -
Syed Shahir Syed Mohamud, esekutif direktor WDC - Maria Chin Abdullah dan
esekutif direktor SUARAM - Yap Swee Seng.
BERSIH telah menganjurkan perhimpunan 100,000 orang di Dataran Merdeka
pada hari Sabtu, 10 Oktober 2007 jam 3.00 petang. 26 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang
turut serta. Pemimpin yang terlibat ialah Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah
Wan Ismail, Abdul Hadi
Awang bagi menyerahkan memorandum
kepada wakil Istana Negara.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain
Abdul Rahman enggan memberi permit
perhimpunan ini bagi mengelak kejadian tidak dingini. Tetapi ramai pengulas
mendakwa bahawa sebab yang diberi oleh Polis dan Kerajaan ialah alasan sahaja. Mereka
mendakwa bahawa sebab benar atas tidak bagi permit merupakan UMNO dan parti
komponen Barisan National menakut akan hilang pemegang kuasa sekiranya pilihan
raya jadi adil dan bersih dalam masa depan. Pengulas tersebut menegaskan
sebagai bukti bahawa kebanyakan kejadian yang kacau rakyat (terutama pengguna
jalanraya) pada hari sabtu itu, jadi kerana tindakan Polis, tidak kerana
tindakan penyokong Bersih atau penunjuk perasaan yang menyertai perhimpunan.
Koyak gambar pengerusi SPR
Tindakan sekumpulan ahli Bersih yang mengoyak gambar pengerusi Suruhanjaya
Pilihan Raya Malaysia, Tan Sri Abdul
Rashid Abdul Rahman yang tidak senang dengan kenyataan memihak yang dikeluarkan oleh neliau
sebagai tidak beretika Malaysia. Perdana
Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi mahu mereka yang tidak
berpuas hati dengan SPR supaya melantik peguam handal dan berhujahlah di mahkamah. Jika tidak, tindakan undang-undang lebih sesuai untuk mereka.
Sebelum ini Bersih mengamggap kaedah dakwat pencelup jari sebagai
perubahan kosmetik semata-mata. Bersih mahu pemantau dari negara luar seperti Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu dilantik dalam pilihan
raya umum Malaysia 2008 ini.
Jawatankuasa pemandu
Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 adalah seperti berikut:
- Dato' Ambiga Sreenevasan, Pengerusi
- Andrew Khoo
- Arumugam K.
- Farouk Musa
- Maria Chin Abdullah
- Haris Ibrahim
- Liau Koh Fah
- Richard Y W Yeoh
- Toh Kin Woon
- Wong Chin Huat
- Yeoh Yang Poh
- Zaid Kamaruddin
No comments:
Post a Comment