1. Semua orang ada jodoh
atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang
orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan
Allah dan kita wajib berusaha, doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh
disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup
anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal
pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang
sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda
daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang
sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca
Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang
di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci
orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang
mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada
bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik
setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan
pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi
tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda
anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta
mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui
mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang
bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh
berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda
terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga
berjaya.
13. Ramai yang terlepas
peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan.
Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal
pasangan).
14. Tidak salah untuk
orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa
merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan
yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan
mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan
bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan
pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya.
Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan
dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana
keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita
menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah
dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih
diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh
orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk
mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang
boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru
buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan
jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya
yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki
mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah
berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan
mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan
penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau
kedekut.
24. Orang lelaki perlu
belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak,
keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi
tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan.
Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas,
wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki
terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan
kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan
minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan
menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik
kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan
melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal
rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir
seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk
hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan
sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan
kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti
kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat
banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau
dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau
suka ramai anak.
33. Tindakan yang
serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak
berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal
pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau
peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan
sebagainya.
35. Dua insan mudah
serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap
keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri
yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal
pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang
anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari
cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika
anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan
tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang
semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat
penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong,
dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang
berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal
pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding
pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut
perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan
dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti
keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan
kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan
yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat
hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan
dihargai.
44. Beri penghargaan
serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai
dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan
memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih
dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan
atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab
keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan
sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari
bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa
dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada
anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi
menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah
tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu,
menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih
menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran
komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus
mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam
dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan
gerak batin.
52. Perempuan harus
mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat
dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak
tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati
wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya,
kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar
rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai
perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat
pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau
kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan
mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta
bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap
wanita.
57. Bila bercakap dengan
lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas.
Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat
lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan
marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan
teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang
pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah,
jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk
suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya
sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki
bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering
bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
No comments:
Post a Comment